Seorang Education Consultant umumnya memberi semangat kepada para pelajar untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dari segenap segi kehidupan sebagai seorang pelajar.
Diluar sana, terdapat ramai lepasan sekolah mahupun ijazah yang mahu berbakti kembali kepada sekolah yang telah mendidik mereka suatu ketika dahulu. Namun tidak ramai yang tahu apakah jenis sumbangan dan bagaimanakah sumbangan tersebut dapat diberi kepada pihak sekolah khususnya untuk kebaikan warga sekolah khususnya para pelajar.
Antara sumbangan yang boleh diberi kepada pihak sekolah ialah sumbangan kewangan yang mana tidak ramai warga sekolah mampu menampung untuk keseluruhan aktiviti dan program sekolah sepanjang tahun. Terkadang, beberapa program sekolah terpaksa ditunda atas alasan tiada peruntukan disediakan dan guru terpaksa meminta jasa baik ibu bapa pelajar untuk menjayakan program sekolah tersebut. Kekurangan inilah yang tidak ramai warga mahupun bekas pelajar mampu memberi sumbangan berbentuk kewangan atas kekangan tertentu seperti baru memulakan pekerjaan dan keluarga.
Namun, terdapat juga sumbangan yang tidak memerlukan kewangan seperti memberi motivasi kepada para pelajar. Di sinilah seorang Education Consultant memainkan peranannya. Timbul pula persoalan, bagaimana pula seorang Education Consultant mendapatkan gaji jika pekerjaannya hanya memberi motivasi kepada para pelajar di sekolah? Adakah pihak sekolah membayar mereka untuk memberi motivasi kepada para pelajar? Jeng, jeng, jeng..
Kebanyakan sekolah tidak menyediakan peruntukan untuk mengundang pihak luar mengadakan motivasi pelajar kepada para pelajar di sekolah. Hal ini kerana, peruntukan sekolah telah dihadkan kepada gaji kakitangan dan pengurusan sekolah. Kementerian Pendidikan juga mengenakan syarat agar pihak luar yang ingin mengadakah program di sekolah tidak boleh mengenakan sebarang bayaran kepada pihak sekolah atas perkhidmatan yang ingin disalurkan. Walau bagaimanapun, program yang ingin dianjurkan boleh diteruskan dan hanya mereka yang berminat sahaja perlu mengambil langkah seterusnya iaitu pembayaran sebanyak jumlah yang dipersetujui dalam tempoh yang ditetapkan beroperasi.
Terdapat juga sekolah yang ingin mengambil manfaat ekonomi daripada program anjuran pihak luar ini memandangkan program tersebut hanya dikenakan bayaran kepada pelajar yang berminat sahaja. Namun pihak luar seperti Education Consultant mempunyai budi bicara untuk membenarkan profit sharing atau keuntungan bersama dari sudut ekonomi itu mampu dicapai kerana program yang ditawarkan mungkin hanya mengenakan bayaran yang rendah sahaja untuk memberi peluang kepada setiap pelajar merasai nikmatnya keseronokan belajar dengan kaedah yang lebih interaktif. Tidak kurang juga ada segelintir pihak luar yang mengenakan bayaran agak mahal mencecah ratusan ringgit per kepala bagi setiap pelajar yang ingin mengikuti program yang dijalankan sehingga pihak luar tersebut mampu memberi sedikit saguhati kepada pihak sekolah berbentuk kewangan.
Jadi, anda rasa adakah pekerjaan sebagai Education Consultant layak bagi anda? Tidak semua orang mampu melakukannya dan jika anda insan terpilih, bersedialah untuk mempersiapkan minda dan hati bahawa anda bukanlah ke sekolah untuk tujuan kewangan sebagai matlamat utama tetapi tujuan utama ialah memberi sumbangan kepada pihak sekolah khususnya kepada para pelajar. Dengan itu, anda tidak akan sanggup untuk mempersiakan harapan sekolah yang telah memberi anda peluang berbakti kepada sekolah.
Jika anda fikir andalah yang layak, maka saya mempelawa anda untuk menghubungi saya untuk maklumat lanjut berkenaan pekerjaan sebagai Education Consultant ini.
Naimah 013-5017546

Comments
Post a Comment