Kehidupan seorang ibu bukanlah perkara mudah untuk dibayangkan. Ibarat kata orang, seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak dengan baik penuh kasih sayang namun 10 orang anak tidak mampu menjaga seorang ibu dengan baik dan penuh kasih sayang. Ibu selalunya akan bangun paling awal dan akan tidur paling lewat antara semua isi rumah yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak. Rutin seorang ibu hampir tidak disedari setiap hari adalah lebih kurang sama hingga ramai juga yang mempertikaikan apakah tugas seorang surirumah di rumah? Untuk itu, penulisan ini menjelaskan sedikit sebanyak aktiviti seorang ibu di rumah. Ketika bangun pagi, ibu harus mempersiapkan dahulu dirinya dan sedia untuk solat subuh dan membaca alQuran. Terkadang ibu terkejar-kejar mengejutkan anak-anak dan suami. Setelah siap solat, ibu menjerang air terlebih dahulu sebelum menyiapkan air bancuh seperti kopi, teh, nescafe, susu, nestum, koko dan bekalan sarapan di atas meja. To be continue...