Seorang Education Consultant umumnya memberi semangat kepada para pelajar untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dari segenap segi kehidupan sebagai seorang pelajar. Diluar sana, terdapat ramai lepasan sekolah mahupun ijazah yang mahu berbakti kembali kepada sekolah yang telah mendidik mereka suatu ketika dahulu. Namun tidak ramai yang tahu apakah jenis sumbangan dan bagaimanakah sumbangan tersebut dapat diberi kepada pihak sekolah khususnya untuk kebaikan warga sekolah khususnya para pelajar. Antara sumbangan yang boleh diberi kepada pihak sekolah ialah sumbangan kewangan yang mana tidak ramai warga sekolah mampu menampung untuk keseluruhan aktiviti dan program sekolah sepanjang tahun. Terkadang, beberapa program sekolah terpaksa ditunda atas alasan tiada peruntukan disediakan dan guru terpaksa meminta jasa baik ibu bapa pelajar untuk menjayakan program sekolah tersebut. Kekurangan inilah yang tidak ramai warga mahupun bekas pelajar mampu memberi sumbangan berbentuk kewanga...