Skip to main content

Posts

Bagaimanakah Kehidupan Seorang Ibu?

Kehidupan seorang ibu bukanlah perkara mudah untuk dibayangkan. Ibarat kata orang, seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak dengan baik penuh kasih sayang namun 10 orang anak tidak mampu menjaga seorang ibu dengan baik dan penuh kasih sayang. Ibu selalunya akan bangun paling awal dan akan tidur paling lewat antara semua isi rumah yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak. Rutin seorang ibu hampir tidak disedari setiap hari adalah lebih kurang sama hingga ramai juga yang mempertikaikan apakah tugas seorang surirumah di rumah? Untuk itu, penulisan ini menjelaskan sedikit sebanyak aktiviti seorang ibu di rumah. Ketika bangun pagi, ibu harus mempersiapkan dahulu dirinya dan sedia untuk solat subuh dan membaca alQuran. Terkadang ibu terkejar-kejar mengejutkan anak-anak dan suami. Setelah siap solat, ibu  menjerang air terlebih dahulu sebelum menyiapkan air bancuh seperti kopi, teh, nescafe, susu, nestum, koko dan bekalan sarapan di atas meja. To be continue...
Recent posts

Apakah Pekerjaan Education Consultant?

Seorang Education Consultant umumnya memberi semangat kepada para pelajar untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dari segenap segi kehidupan sebagai seorang pelajar. Diluar sana, terdapat ramai lepasan sekolah mahupun ijazah yang mahu berbakti kembali kepada sekolah yang telah mendidik mereka suatu ketika dahulu. Namun tidak ramai yang tahu apakah jenis sumbangan dan bagaimanakah sumbangan tersebut dapat diberi kepada pihak sekolah khususnya untuk kebaikan warga sekolah khususnya para pelajar. Antara sumbangan yang boleh diberi kepada pihak sekolah ialah sumbangan kewangan yang mana tidak ramai warga sekolah mampu menampung untuk keseluruhan aktiviti dan program sekolah sepanjang tahun. Terkadang, beberapa program sekolah terpaksa ditunda atas alasan tiada peruntukan disediakan dan guru terpaksa meminta jasa baik ibu bapa pelajar untuk menjayakan program sekolah tersebut. Kekurangan inilah yang tidak ramai warga mahupun bekas pelajar mampu memberi sumbangan berbentuk kewanga...